Sunday, May 11, 2014

200# Harta Peninggalan: tuntutan KWSP.

tibe-tibe rase entry ni patut dibuat sbb cik lara rase ramai yang x tau cmne nak buat tuntutan kalau ade family member yang meninggal terutamanya parents korang.

Arwah umi cik lara meninggal dekat nak masuk 2 tahun dah, tapi pasal rete yang die tinggalkan kami biar pending camtuh je sbb xtau nak buat cmne. Arwah ade tinggalkan a few harta (xde la juta-juta) iaitu tanah, KWSP & ade insuran sikit.

Untuk KWSP , cmne nak buat?korang pegi je mane-mane pejabat KWSP tanya nak buat tuntutan harta peninggalan simati, nanti dieorg akan bagi korang borang n checklist dokumen yang perlu. Sebelum buat tuntutan korang cek dulu bape ade dalam akaun KWSP tu?buatnye ade kosong...kosong....malu jek nak tuntut ye dak?hehe

 Kelayakan Memohon
Anda layak memohon pengeluaran simpanan ahli yang meninggal dunia sekiranya:
  • Anda adalah penama ke atas simpanan KWSP ahli; atau
  • Jika tiada penamaan, anda adalah pentadbir pusaka ahli/waris ahli yang terdekat.
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
  • Status Warganegara Malaysia
  • ATAU Bukan warganegara Malaysia.
Simpanan Ahli Tanpa Penamaan
Bagi simpanan ahli yang tiada penamaan, orang yang layak memohon pengeluaran simpanan itu adalah mengikut keutamaan seperti berikut:: oPentadbir pusaka ahli;
oBalu atau duda ahli;
oAnak-anak atau penjaga mereka;
oBapa dan/atau ibu ahli;
oAdik-beradik ahli;
o Sesiapa yang mengikut pandangan KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli.


Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.


Kaedah Bayaran

Bagi ahli yang sudah membuat penamaan, bayaran sekaligus semua simpanan ahli akan dibuat kepada penama atau penama-penama.

Jika Tiada/Belum Membuat Penamaan
Bagi ahli yang tidak / belum membuat penamaan, bayaran akan dibuat kepada waris terdekat ahli yang pada pendapat KWSP berhak menerima pusaka ahli tertakluk kepada jumlah simpanan ahli seperti berikut:

  • Bagi simpanan ahli yang berjumlah RM2,500.00 atau kurang:
o Bayaran ke semua simpanan ahli akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli.

  • Bagi simpanan ahli yang melebihi RM2,500.00 dan kurang daripada RM20,000.00:
o Bayaran RM2,500.00 akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli jika permohonan diterima kurang daripada dua bulan daripada tarikh kematian sebagai ansuran pertama.
  • Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas tempoh dua bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Bagi simpanan ahli yang melebihi RM20,000.00
o Bayaran RM2,500.00 akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli jika permohonan diterima kurang daripada dua bulan daripada tarikh kematian sebagai ansuran pertama.
o Bayaran kedua tidak melebihi RM17,500.00 akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli.
o Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada orang yang mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian.

Bagaimanapun, sekiranya Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian dikemukakan pada masa permohonan pengeluaran dibuat, bayaran akan dibuat kepada orang/pentadbir yang dilantik sahaja.

Bayaran Dalam Malaysia
Pengkreditan terus ke akaun bank pemohon atau penama dengan syarat:

  • Akaun bank anda adalah dengan panel bank KWSP yang dilantik;
  • Akaun bank anda masih aktif;
  • Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa Jenis Persendirian atau Jenis Akaun Bersama Individu (hanya bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000 sahaja);
  • Sekiranya terdapat masalah pengkreditan ke dalam akaun bank anda, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank. Pembayaran adalah di dalam Ringgit Malaysia.
Cara Memohon Simpanan Ahli Yang Tiada Penamaan

Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.

Waris terdekat ahli seperti balu/duda, anak, ibu atau bapa dan adik-beradik ahli boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia.

Melalui Kaunter
Pemohon hendaklah mengemukakan:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM), KWSP 10 dan KWSP 23 yang lengkap diisi
  • Sijil Kematian ahli
  • Dokumen Sokongan (asal dan salinan)
o Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Tentera / MyKad penama atau penama-penama
ATAU
o Kad Pengenalan Polis penama atau penama-penama dengan menurunkan kedua-dua cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama

  • Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian) yang masih aktif;
  • Dokumen bukti pertalian di antara pemohon dengan ahli seperti Sijil Kelahiran Anak, Surat Nikah/Sijil Perkahwinan ahli, Sijil Kelahiran ahli atau Sijil Kelahiran Pemohon; dan
  • Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian jika pemohon adalah Pentadbir Pusaka yang dilantik (sekiranya simpanan ahli berjumlah melebihi RM 20,000.00 dan ke atas).
Jika ahli seorang yang beragama Islam, penama/pemohon adalah bertindak sebagai wasi/pentadbir simpanan itu sahaja. Mereka dinasihati supaya mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut Hukum Islam (Faraid).

Pemohon adalah dinasihati supaya berurusan sendiri dengan mana-mana pejabat KWSP dan tidak menggunakan khidmat pihak lain berhubung permohonan pengeluaran ini.


so itulah cara-cara korang nak buat tuntutan KWSP. Cam cik lara arwah ni x letak penama so agak susah sket, RM20,000 mmg die dh bagi dekat ayah cik lara, balance perlu surat kuasa mentadbir. Next entry kite citer cmne nak dapatkan surat kuasa tadbir tersebut. TATA!

3 comments:

  1. Saye nk tanye..kalau suami si mati tu da berkhawin layak tak nk memohon untuk arwah isteri..atau anak2 yg layak memohon..

    ReplyDelete
  2. Saye nk tanye..kalau suami si mati tu da berkhawin layak tak nk memohon untuk arwah isteri..atau anak2 yg layak memohon..

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya.. Macam mana cara untuk permohonan kwsp simati yang tiada penama!? Simati ni arwah ibu ayah saya, saya tidak tahu macam mana cara untuk permohonan keluaran kwsp arwah ibu dan ayah.. Waktu ibu saya meninggal dunia umur saya 5tahun, manakala waktu ayah saya meninggal dunia umur 12tahun,keluarga pada ayah dan ibu saya tak penah nk tuntut wang kwsp arwah ibu dan ayah,jadi sekarang ni saya boleh buat permohonan pengeluaran simpan kwsp ayah dan ibu saya sakarang ni usia saya sudah 25tahun layak lagi tak untuk saya buat permohonan itu..

    ReplyDelete