Saturday, May 24, 2014

202# Still Birthday Entry....IMPIANA KLCC

x abih lagi pasal besday...uish klu bole ari2 pon nak hari besday....kali ni adiah besday dari ayah cik lara plak..die tnye nak ape?jenuh dok pikir rase cam sume mende dah ade....cik lara pon minx soh die banje nak dok otel...hahaha...apakah?

cik lara pilih nak dok kat impiana klcc, nak dok MO cam mahal gile vavi ape ntah lagi grand hyatt!sian lak nak pow bapak aku mahai2.

survey punye survey, impiana ade buat wikend flash sale, lagi murah dari govt rate,dlm 300++ je.pe lagi buat reservation trus, x minx secure kredit kad pon, heran aku...huhu

Nape pilih impiana?sbb dekat ngan klcc n sbb plg murah antara hotel yang lain.


amik twin bed sbb adik aku menyebok tumpang adiah besday...en hubby x ikot sbb iols ade kursus seminggu di bangi...jeles die noks.haha


boleh pilih2 bantal.....haha

tuan punye blog
27 wiks mak buyong

yang ni adiah besday adik iols yang bagi....oklah dapat pow die eyeshadow,budak baru abih skola xleh nak pow lebih2...sian...haha
another bday gift from mr.hubby!

REVIEW:
- staff sgt frenly
-waktu nak cek in, dieorg akan serve welcome drink
-ade pedestrian walk, route ke aquaria-klcc
-the most cheapest among other hotels....bagi aku la
-bekpes was okay
-bilik comfortable
-ade infinity pool tapi cinonet je...huhu

Thursday, May 15, 2014

201# Birthday Celebration: Cruise to Nowhere!!

ni entry peram namenye....besday iols 18/4/14 ri tu...tapi skang baru nak hapdate...hehe better late than never heh!

okla meh nak story, last entry cik lara ade kata pegi matta fair kan?disebabkan xdpt pegi bali so hubby blikan tix utk cruise sempena birthday iols, gile x saprise!!ah ade aku kesah.

naik kat swettenham pier penang, ni kaunter amik boarding pass, walk-in pon boleh,tapi takut xde bilik la sbb time ktorg pegi ni pon fully board. time ni iols peknen 21 weeks so boleh naik lagi, klu dh 24 wiks x boleh naik dah,so korang yg peknen plan betol2 k.

yeah...tu dia jenis cruise ktorg superstar Libra

gamak besor kapal ni!!jakun aku...!

ni hallway nak ke bilik-bilik...kami dekat Deck 3...sume ade 10 deck!

tara!!ni la bilik weolss...saje amik xde tingkap sbb on board malam mane nak nmpak ape lgpon ktorg asek lepak luar je. bile nak tdo ktorg rapatkan katil tu,mane leh tdo jauh-jauh dek non oi...ahaks (gelak gatai)

 ni toilet, kecik je, jgn bajet ade bath tub ke hape jadah ye

 pintu masuk


dalam bilik ade plug cenggini je bukan standard plug cam kat umah, so korang standby la power bank, cam ktorg xtau ri tu sampai B3 kong la xtau nak cocok tang mane. pastu jgn lupe bawak ubat gigi,kang x gosok gigi plak...haha

lupe plak, masuk je bilik tgk2 atas meja ade kek!!kan besday iols, baguslah starcruise ni


yg ni dapat complimentary....teh je...hahaha

Lepas dh lepak2 dalam bilik tu, perot pon dh lapar pe lagi naik atas deck 9 utk melantak...tapi cik lara lupe nak snap gamba makanan sbb lapa punye pasal. Deck 9 ni ade swimming pool,so mkn tepi swimming pool sambil denga lagu...best wooo dapat plak time tu sunset...perghh


program malam ade acrobatic show...entertain gak,yg ni masuk free je...midnite plak ade topless show!!!!wow!!ahkak teringin nak tgk tapi en hubby x bagi....sob..sob... masuk RM35 hengget je pon....

owh bile korang on board sume cashless, die ade bagi korang access kad, dieorg akan swipe je,korang bayar time nak cek out nnt, btw kad pengenalan nnt tinggal kat kaunter sebelom on board dieorg akan pegang kad pengenalan korang.

last but not least sblom nek kapal dieorg ade snap gamba korang, terpulang nak beli ke tidak, RM52 hengget x silap sekali dengan starcruise frame ni. aku rembat je dh ade org tolong bayar ape salahnye...huahua!

REVIEW:

- having so much fun....!!!
-the food is okay...price includes dinner & bekpes tapi klu compare superstar pisces, food die lagi sedap dari yang nih
-bilik pon okay cume plug tu jela spoil mood aku.
-kompem akan pegi lagik
 

Sunday, May 11, 2014

200# Harta Peninggalan: tuntutan KWSP.

tibe-tibe rase entry ni patut dibuat sbb cik lara rase ramai yang x tau cmne nak buat tuntutan kalau ade family member yang meninggal terutamanya parents korang.

Arwah umi cik lara meninggal dekat nak masuk 2 tahun dah, tapi pasal rete yang die tinggalkan kami biar pending camtuh je sbb xtau nak buat cmne. Arwah ade tinggalkan a few harta (xde la juta-juta) iaitu tanah, KWSP & ade insuran sikit.

Untuk KWSP , cmne nak buat?korang pegi je mane-mane pejabat KWSP tanya nak buat tuntutan harta peninggalan simati, nanti dieorg akan bagi korang borang n checklist dokumen yang perlu. Sebelum buat tuntutan korang cek dulu bape ade dalam akaun KWSP tu?buatnye ade kosong...kosong....malu jek nak tuntut ye dak?hehe

 Kelayakan Memohon
Anda layak memohon pengeluaran simpanan ahli yang meninggal dunia sekiranya:
  • Anda adalah penama ke atas simpanan KWSP ahli; atau
  • Jika tiada penamaan, anda adalah pentadbir pusaka ahli/waris ahli yang terdekat.
  • Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
  • Status Warganegara Malaysia
  • ATAU Bukan warganegara Malaysia.
Simpanan Ahli Tanpa Penamaan
Bagi simpanan ahli yang tiada penamaan, orang yang layak memohon pengeluaran simpanan itu adalah mengikut keutamaan seperti berikut:: oPentadbir pusaka ahli;
oBalu atau duda ahli;
oAnak-anak atau penjaga mereka;
oBapa dan/atau ibu ahli;
oAdik-beradik ahli;
o Sesiapa yang mengikut pandangan KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli.


Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.


Kaedah Bayaran

Bagi ahli yang sudah membuat penamaan, bayaran sekaligus semua simpanan ahli akan dibuat kepada penama atau penama-penama.

Jika Tiada/Belum Membuat Penamaan
Bagi ahli yang tidak / belum membuat penamaan, bayaran akan dibuat kepada waris terdekat ahli yang pada pendapat KWSP berhak menerima pusaka ahli tertakluk kepada jumlah simpanan ahli seperti berikut:

  • Bagi simpanan ahli yang berjumlah RM2,500.00 atau kurang:
o Bayaran ke semua simpanan ahli akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli.

  • Bagi simpanan ahli yang melebihi RM2,500.00 dan kurang daripada RM20,000.00:
o Bayaran RM2,500.00 akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli jika permohonan diterima kurang daripada dua bulan daripada tarikh kematian sebagai ansuran pertama.
  • Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas tempoh dua bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Bagi simpanan ahli yang melebihi RM20,000.00
o Bayaran RM2,500.00 akan dibuat serta merta kepada waris terdekat ahli jika permohonan diterima kurang daripada dua bulan daripada tarikh kematian sebagai ansuran pertama.
o Bayaran kedua tidak melebihi RM17,500.00 akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli.
o Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada orang yang mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian.

Bagaimanapun, sekiranya Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian dikemukakan pada masa permohonan pengeluaran dibuat, bayaran akan dibuat kepada orang/pentadbir yang dilantik sahaja.

Bayaran Dalam Malaysia
Pengkreditan terus ke akaun bank pemohon atau penama dengan syarat:

  • Akaun bank anda adalah dengan panel bank KWSP yang dilantik;
  • Akaun bank anda masih aktif;
  • Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa Jenis Persendirian atau Jenis Akaun Bersama Individu (hanya bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000 sahaja);
  • Sekiranya terdapat masalah pengkreditan ke dalam akaun bank anda, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank. Pembayaran adalah di dalam Ringgit Malaysia.
Cara Memohon Simpanan Ahli Yang Tiada Penamaan

Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.

Waris terdekat ahli seperti balu/duda, anak, ibu atau bapa dan adik-beradik ahli boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia.

Melalui Kaunter
Pemohon hendaklah mengemukakan:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM), KWSP 10 dan KWSP 23 yang lengkap diisi
  • Sijil Kematian ahli
  • Dokumen Sokongan (asal dan salinan)
o Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Tentera / MyKad penama atau penama-penama
ATAU
o Kad Pengenalan Polis penama atau penama-penama dengan menurunkan kedua-dua cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama

  • Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian) yang masih aktif;
  • Dokumen bukti pertalian di antara pemohon dengan ahli seperti Sijil Kelahiran Anak, Surat Nikah/Sijil Perkahwinan ahli, Sijil Kelahiran ahli atau Sijil Kelahiran Pemohon; dan
  • Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian jika pemohon adalah Pentadbir Pusaka yang dilantik (sekiranya simpanan ahli berjumlah melebihi RM 20,000.00 dan ke atas).
Jika ahli seorang yang beragama Islam, penama/pemohon adalah bertindak sebagai wasi/pentadbir simpanan itu sahaja. Mereka dinasihati supaya mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut Hukum Islam (Faraid).

Pemohon adalah dinasihati supaya berurusan sendiri dengan mana-mana pejabat KWSP dan tidak menggunakan khidmat pihak lain berhubung permohonan pengeluaran ini.


so itulah cara-cara korang nak buat tuntutan KWSP. Cam cik lara arwah ni x letak penama so agak susah sket, RM20,000 mmg die dh bagi dekat ayah cik lara, balance perlu surat kuasa mentadbir. Next entry kite citer cmne nak dapatkan surat kuasa tadbir tersebut. TATA!