Sunday, March 23, 2014

197# Resipi: Rendang Daging Simple

seperti yang dijanjikan, meh nak share resipi rendang daging cik lara:

Bahan-bahan.

1 mangkuk daging dipotong kecil
sedikit daun kunyit / daun limau purut dihiris
kerisik
1 bungkus santan
3 sudu cili kering blend
2 keping asam keping

 
Bahan Blend

5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5-6 cili padi (kalau nak bagi pedas)
4 batang serai
1 inci halia (besar ibu jari kaki)
sedikit kunyit hidup (optional)

Cara-Cara
 
1. masukkan daging ke dalam kuali yang dipanaskan sehingga kua air
2. bila daging dah kecut,air bagi kering sikit, masukkan bahan-bahan blend tadi & cili kering kemudian kacau rata
3. Lepas tu, masukkan santan & kerisik, perasakan dengan garam, masukkan asam keping (api kecik jek)
4. letak kicap sikit utk bagi kaler die gelap2 sikit, Kacau sampai masak ikot suke korang nak kering atau basah2 & last masukkan daun kunyit/ daun limau purut.
 
 
-SEKIAN-

No comments:

Post a Comment